Ikuti Kami:

“Kami Sedang Berbincang” – Pengarah Dedah ‘Squid Game’ Bakal Dihasilkan Hingga Musim Ketiga

“Kami Sedang Berbincang” – Pengarah Dedah ‘Squid Game’ Bakal Dihasilkan Hingga Musim Ketiga

Merupakan siri Netflix paling berjaya untuk tahun 2021 dan mungkin dalam sejarah, sudah pastinya ramai yang mahu melihat kesinambungan “Squid Game”.

Meskipun pada awalnya tidak mempunyai perancangan untuk musim kedua lagi, pengarah Hwang Dong-hyuk mengumumkan bahawa sambungan siri itu bakal dihasilkan nanti menerusi satu acara khas yang diadakan untuk “Squid Game” di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Terbaru, pengarah itu mendedahkan bahawa dia sedang berbincang dengan Netflix mengenai sambungan “Squid Game”.

Kami dan Netflix masih lagi sedang berbincang mengenai musim kedua dan ketiga.

squid game 2

Tambahnya lagi, produksi untuk kesinambungan “Squid Game” mungkin akan berlaku cepat daripada jangkaan industri dan ianya berkemungkinan akan didedahkan tak lama lagi,

Satu yang boleh saya sampaikan, disebabkan ramai yang menantikannya. Saya boleh bagitahu yang kami sedang bersedia dengan positif untuk musim hadapan.

Khabarnya dalam musim kedua, kisah mengenai Sung Ki-hoon (Lee Jung-jae) akan dibongkar dan kisah mengenai orang yang dijumpainya dan individu yang dikejarnya akan menjadi plot utama.

netflix squid game

Untuk pengetahuan, “Squid Game”adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

Korang excited tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...