Ikuti Kami:

“Kami Risau, Suruh Dia Tutup Ruang Komen” – Peminat Penuhi IG Adik Lepas Jun Somin ‘Diserang’ Dek BLACKPINK

“Kami Risau, Suruh Dia Tutup Ruang Komen” – Peminat Penuhi IG Adik Lepas Jun Somin ‘Diserang’ Dek BLACKPINK

Ingat tak kelmarin dilaporkan bahawa Jun So-min ‘diserang’ dengan komen cacian dek ramai yang tidak puas hati dengan kelakuannya semasa episod “Running Man” bersama BLACKPINK baru-baru ini? Kononnya dia cuba berlagak sebagai ahli ke-5 kumpulan itu selain bertindak kasar terhadap Ji-soo?

Nampaknya peminat pelakon wanita itu yang risaukan mengenai keadaannya telah berkampung di ruangan komen Instagram adik lelakinya iaitu Jun Wook-min.

adik jun somin diserbu peminat

Meskipun Jun So-min nampaknya tidak akan melakukan apa-apa tindakan terhadap isu tersebut, peminat telah mendekati adik lelakinya pula. Kebanyakan daripada mereka meminta Jun Wook-min supaya menyuruh Jun So-min menutup ruangan komennya agar dapat menyekat komen buruk yang mungkin diterima.

adik jun somin diserbu peminat

Antara komen yang ditinggalkan pada Jun Wook-min ialah,

Tolong beritahu Jun So-min supaya menutup ruangan komennya, saya sangat risau.

 

Semoga kuat awak berdua.

 

Peminatnya sangat risaukan keadaannya, tolong suruhnya tutup ruangan komen buat masa ini.

Semoga Jun So-min dan adiknya bertabah menghadapi isu ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...