Ikuti Kami:

“Kami Masih Sangat Rapat” – Youngji Dedah Tentang Kemungkinan KARA Akan Kembali Bersatu

“Kami Masih Sangat Rapat” – Youngji Dedah Tentang Kemungkinan KARA Akan Kembali Bersatu

Young-ji baru-baru ini berborak mengenai album solo baharunya dan kemungkinan perjumpaan semula kumpulan KARA.

Pada episod terbaru MBC “South Korean Foreigners”, Young-ji mendedahkan bahawa dia sedang dalam proses mengerjakan album solonya yang baharu. Dia berkata,

Saya bercadang untuk mengeluarkan album baharu sebaik sahaja wabak COVID-19 berakhir. Saya sedang sibuk membuat persiapan untuknya pada masa ini.

Young-ji menambah,

Memandangkan saya suka melakukan banyak perkara, saya bekerja sebagai hos rancangan televisyen, hos rancangan radio, pelakon dan banyak lagi. Tetapi saya sudah lama tidak menyanyi, jadi saya mahu kembali menyanyi lagi.

youngji kara reunion

Apabila ditanya tentang kemungkinan KARA akan bersatu semula, Young-ji menyatakan,

Kami sentiasa berhubung antara satu sama lain dengan kerap. Saya menghadiri acara muzikal Gyu-ri pada hari lepas. Kami masih sangat rapat. Kami sangat ingin bersatu semula untuk satu lagi persembahan. Kami benar-benar mahukannya dari lubuk hati kami. Saya harap harapan kami akan membawa kepada berita baik pada masa hadapan.

KARA membuat penampilan sulung mereka pada Mac 2007 dan secara rasmi dibubarkan pada Januari 2016 dengan Young-ji, Gyu-ri, Seung-yeon, dan mendiang Ha-ra sebagai ahli.

Harap-harap dapat tengok persembahan KARA lagi pada masa akan datang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...