Jun-su bekas ahli TVXQ mendedahkan bahawa BIGBANG pernah membuatkan mereka terancam.
Terbaru, Jun-su telah berjumpa dengan Dae-sung. Di mana, kedua-dua mereka telah mengimbau kembali kenangan mereka pada masa lalu.
Semasa berbual, Jun-su telah mendedahkan bahawa TVXQ pernah menganggap BIGBANG sebagai ancaman besar terhadap kedudukan mereka sebagai salah satu kumpulan lelaki terkenal pada era itu.
Katanya,
Masa itu kami menang semua daesang di setiap acara anugerah, jadi kami ingatkan yang kami tak ada mana-mana persaing di Korea pada masa itu. Tapi, satu hari tu lagu ‘Lies’ BIGBANG tiba-tiba menguasai semua carta.
Tambahnya,
SM rasa sangat risau pada masa itu dan kami juga takut yang semua orang akan beralih pada BIGBANG. Walaupun kami terkenal di Jepun, sejujurnya kami rasa yang kami dah hilang peminat di Korea.
girl I could sit down and watch hours of 2nd gen idols talking about their iconic rivalry… hearing how tvxq and bigbang felt about each other during their rivalry is just insane pic.twitter.com/WP7fsT5R8L
— def (@xiuminsupremacy) June 7, 2024
Sambungnya lagi,
Disebabkan kami rasa terancam, kami selalu beritahu diri sendiri ‘walau apa pun yang kita lakukan, kita kena kalahkan BIGBANG’.
Tapi masa tu dua-dua gempak sampai tak tahu nak minat yang mana satu kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.