Dalam diam, mungkin pelakon Gu Hye-sun sedang mengulit cinta baru selepas berpisah secara rasmi dengan pelakon Ahn Jae-hyun pada tahun lepas.
Dalam rancangan “Face ID”, Gu Hye-sun telah menghubungi pembantu pengarah untuk berbincang mengenai filem akan datang. Semasa perbualan itu, pembantu pengarah itu bergurau dan bertanyakan sama ada pelakon itu sedang mengalami kesuakaran dam kehidupan cintanya.
Bagaimana orang itu kini? Ada berhubung dengan dia tak?
Gu Hye-sun kemudiannya ketawa dan mengatakan bahawa dia sudah tidak berjumpa ‘orang itu’ selama sebulan. Tambahnya,
Saya tak suka lelaki yang melekap dengan saya, saya betul-betul tak sukakannya.
Jelas Gu Hye-sun lagi, mereka pertama kali berjumpa pada 3 bulan lepas dan hanya berjumpa sebulan sekali.
Tidak cukup dengan itu, Gu Hye-sun mendedahkan bahawa dia sudah menulis nama beberapa orang yang dia mahu jemput ke majlis perkahwinannya nanti.
Saya tak pernah mengadakan majlis perkahwinan sebelum ini jadi saya mahu adakannya nanti. Saya sangat mahu menjemput orang yang saya suka.
Saya sudah ada senarainya dan ia adalah panjang, tidak seperti yang saya jangkakan. Ada lebih daripada 10 orang.
Adakah hubungan Gu Hye-sun dan lelaki baru ini serius? Korang rasa?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.