Ikuti Kami:

“Kami Cuba Kembali Secepatnya” – Jung Chulmin Dedah Pelan Musim Ketiga ‘The Sixth Sense’

“Kami Cuba Kembali Secepatnya” – Jung Chulmin Dedah Pelan Musim Ketiga ‘The Sixth Sense’

Baru sahaja menamatkan musim kedua, ramai yang sudah meminta Jung Chul-min supaya menghasilkan musim ketiga “The Sixth Sense” secepat mungkin.

Untuk pengetahuan anda, program ini menayangkan premis di mana kesemua ahlinya dan tetamu perlu menggunakan deria ke-6 mereka untuk mengenali yang mana palsu di antara yang benar. Ianya dipelopori oleh Yoo Jae-suk, Jessi, Jun So-min, Mi-joo (Lovelyz), Oh Na-ra dan Lee Sang-yeob.

Dalam sebuah temubual bersama PD tersebut, dia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokong rancangan tersebut. Malah dia tidak menyangkan ianya popular sehingga dua episod ditambah daripada pelan asal musim kedua ini.

jung chulmin

Malah bekas PD “Running Man” ini meluahkan rasa terkejut apabial dia diberitahu bahawa jumlah tontonan kedua-dua musim “The Sixth Sense” mencapai angka 100 juta. Wow!

Untuk permintaan musim ketiga, ini responnya,

Saya akan berusaha sesungguhnya untuk berjumpa anda semua dengan musim ketiga.

Meskipun belum ada perancangan spesifik, namun harapnya dengan respon Jung Chul-min ini, kita akan dapat menonton musim ketiga “The Sixth Sense” tak lama lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...