Utama Celebrity News Kali Ke-5 Menderma, Yoo Inna Bantu Kanak-Kanak Punyai Masalah Pendengaran Jalani Pembedahan...

Kali Ke-5 Menderma, Yoo Inna Bantu Kanak-Kanak Punyai Masalah Pendengaran Jalani Pembedahan Implan Koklea

yoo inna derma untuk pembedahan implan koklea

Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik menawan malahan hati pelakon Yoo In-na juga secantik parasanya. Ini kerana dikhabarkan bahawa wanita itu telah memberi satu derma bermakna untuk kanak-kanak yang hilang pendengaran, bahkan ini bukan kali pertama dia menghulurkan bantuan yang sama.

Pada 3 September, organisasi komuniti kebajikan ‘Cochlea Of Love’ mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal ini,

Pada 27 Ogos, pelakon Yoo In-na menderma bayaran untuk pembedahan implan koklea dan rawatan pemulihan pertuturan untuk seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang dimasukkan ke Hospital Bundang Universiti Kebangsaan Seoul.

Kalau anda nak tahu, ‘Cochlea Of Love’ menyediakan pembedahan implan koklea dan bantuan pendengaran untuk kanak-kanak yang mengalami masalah kehilangan pendengaran selain turut membantu mereka menyesuaikan diri dalam masyarakat. Tetapi disebabkan kanak-kanak itu tiba-tiba mengalami kehilangan pendengaran sensorineural (disebabkan oleh koklea ataupun masalah saraf pendengaran) lantas menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan implan koklea.

yoo inna derma untuk pembedahan implan koklea

Ibu kanak-kanak itu turut berkongsi perasaannya,

Saya berasa sedikit terkesan mengenai pembedahan ini memandangkan kami mengalami masalah kewangan kerana COVID-19 tetapi saya sangat gembira pembedahan ini dapat dilakukan atas bantuan Yoo In-na. Kami akan terus mendapatkan rawatan pemulihan pertuturan supaya anak saya dapat mendengar bunyi-bunyi indah di dunia ini seperti suara Yoo In-na, sepuas-puasnya.

Bantuan ini menandakan kali ke-5 Yoo In-na memberikan derma kepada kanak-kanak yang perlu menjalani pembedahan implan koklea. 4 kanak-kanak yang sebelumnya kini masih lagi menghadiri terapi pemulihan pertuturan dan pelakon wanita itu bercadang untuk membantu 8 orang lagi kanak-kanak lain yang berada dalam situasi yang sama.

Bukan itu sahaja, Yoo In-na telah menghulurkan derma sebanyak 30 milion won (RM104k) kepada ‘Cochlea Of Love’ dan sehingga kini, jumlah dermanya sudah mencecah lebih daripada 130 milion won (RM452k).

Semoga kanak-kanak ini dapat mendengar dengan baik dek bantuan bermakna Yoo In-na ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Seoul
Loading...