Bukan mudah bagi sesuatu program untuk terus kekal relevan sehingga berbelas tahun lamanya. Namun “Running Man” berjaya membuktikan bahawa kenyataan itu salah!
Suatu ketika dahulu, program hiburan di kaca televisyen dikira sebagai sesuatu yang kuat namun dek pelbagai kandungan atas talian seperti di YouTube dan platform lain, secara tiba-tiba stesen penyiaran menghadapi krisis.
Pun begitu, “Running Man” masih berjaya mengekalkan identitinya meskipun banyak rancangan lain seperti cendawan tumbuh selepas hujan kini. Respon pengarah Choi Hyung-in mengenai apakah persona program ini,
Saya benar-benar mengejar ketawa.
Jelasnya lagi,
Saya merasakan ‘Running Man’ menarik kerana ia mudah, tidak beremosi dan dibungkus secara cantik, hanya berdasarkan komedi. Apabila memilih tetamu, saya cube mencari seseorang yang memiliki keserasian baik dengan ahli atau sesiapa yang boleh mencipta keserasian tak dijangka dengan ahli lain.
Pengarah wanita pertama “Running Man” itu turut mengakui bahawa dia dan staf lain akan menonton kembali episod lama program itu sekiranya mereka ketandusan idea selain berbincang dengan kesemua ahli.
Akhir kata Choi Hyung-in,
‘Running Man’ mampu bertahan sehingga kini adalah kerana hubungan kekeluargaan mereka.
Semoga “Running Man” terus berlari selamanya.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉