Ikuti Kami:

“Kalau Penonton Nak..” – Musim 2 Belum Tayang, Lee Jehoon Ulas Kemungkinan Musim 3 ‘Taxi Driver’

“Kalau Penonton Nak..” – Musim 2 Belum Tayang, Lee Jehoon Ulas Kemungkinan Musim 3 ‘Taxi Driver’

Musim dua belum ditayangkan, Lee Je-hoon nampaknya sudah pun membincangkan mengenai musim ketiga “Taxi Driver”.

Baru-baru ini, Lee Je-hoon telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Allure Korea.

Ketika sesi temu bual, pelakon itu berkongsi apa yang penonton boleh jangkakan dalam musim kedua “Taxi Driver” yang bakal ditayangkan tak lama lagi,

Ketika sedang menyelesaikan kes, penjahat lain muncul, dan ada cerita yang mengalir melalui mereka. Terdapat juga seorang pemandu teksi bernama Kim Do-gi, yang saya mainkan, tetapi watak lain yang ditunjukkan ketika dia memasuki operasi itu sangat menarik. Sebagai seorang pelakon, saya rasa bertuah kerana dapat menunjukkan pelbagai perkara yang tidak dapat saya tunjukkan sebelum ini melalui musim 2.

Kemudian, ketika ditanya sama ada dia ada memikirkan tentang penghasilan musim ketiga drama berkenaan, Lee Je-hoon menjawab sambil ketawa,

Hanya jika penonton mahu..

lee jehoon taxi driver

Sambung pelakon itu lagi,

Saya iri bagaimana cerita baru berlaku setiap tahun selama beberapa tahun, seperti drama yang bermusim. Saya gembira kerana ‘Taxi Driver’ turut dapat menjadi drama seperti itu. Jika drama itu ada keikhlasan, seronok untuk ditonton dan penulis ada cerita yang ingin ditulis, maka saya mahu teruskan, sungguh.

Dalam pada itu, musim kedua “Taxi Driver” bakal menemui penonton pada 17 Februari nanti!

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...