Ikuti Kami:

Kalahkan ‘SKY Castle’, ‘The World Of The Married’ Raih Rekod Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran Kabel!

Kalahkan ‘SKY Castle’, ‘The World Of The Married’ Raih Rekod Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran Kabel!

Sudah pun dijangka sebelum ini, “The World Of The Married” kini sudah berjaya mencipta sejarah baru dalam industri drama Korea! Disebabkan oleh plotnya yang mendebarkan sejak daripada episod awal lagi, drama ini telah menjadi kegemaran ramai di negara asalnya dan juga di serata negara lain.

“SKY Castle” ditolak tepi

Selepas lama menanti, akhirnya “The World Of The Married” disahkan sudah mencatatkan rating yang lebih tinggi daripada rekod yang dipegang kemas oleh “SKY Castle” iaitu 23.78% sekali gus mencatat sejarah baru bagi drama Korea di saluran kabel.

Berdasarkan laporan Nielsen Korea, drama pengkhianatan antara suami isteri itu mencatatkan purata rating 24.33% bagi seluruh negara pada episod terbarunya dan secara tak langsung merampas takhta yang diduduki oleh “SKY Castle” sejak tahun 2019.

Kisah Sun-woo dan Tae-oh yang kian berselirat

[Amaran SPOILER]

Sudah pun memasuki episod 12, “The World Of The Married” kian membuatkan penonton tak senang duduk menyaksikan perkembangan cerita di antara Sun-woo (Kim Hee-ae) dan Lee Tae-oh (Park Hae-jun). Ramai yang runsing apabila melihatkan doktor itu tunduk kepada emosinya yang paling dalam dan sanggup meniduri bekas suaminya itu.

the world of the married lepasi rating sky castle

Yeo Da-kyung (Han So-hee) juga menerima makian penonton kerana mempunyai agenda lain ketika memujuk Jun-young, iaitu anak kepada Sun-woo untuk tinggal bersama ayahnya. Rupanya, Da-kyung cuba menghantar anak tirinya itu untuk bersekolah di luar negara, lantas dapat mengikat suaminya yang asyik berjumpa dengan Sun-woo kerana anak mereka itu.

Masih ada lagi 4 episod sebelum “The World Of The Married” sampai ke penamatnya, jadi penonton masih lagi kabur dengan kesudahannya nanti. Adakah bahagia akan menjelma dalam hidup Sun-woo atau pun ia akan berakhir dengan duka?

Saksikan “The World Of The Married” setiap Jumaat dan Sabtu di saluran JTBC!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...