Kalahkan Blackpink Dan BTS, Shaun Juara Carta Asia Tenggara

shaun “Way back Home”, lagu yang sering dimainkan di cerung cerung radio masa kini pasti membuatkan anda tertanya-tanya siapakah penyanyinya. Beliau tidaklah sepopular seperti Blackpink mahupun BTS namun lagu yang dimainkan oleh Shaun ataupun nama Koreanya Kim Yun Ho telah mengatasi lagu-lagu kumpulan Kpop gergasi yang lain di carta-carta lagu Asia Tenggara. Bukan itu sahaja lagu tersebut yang asalnya berbahasa Korea sepenuhnya juga pernah menjuarai 3 carta  terbesar di Korea iaitu Melon, Genie dan Olleh Music pada tahun 2018. Sewaktu menjuarai carta-carta tersebut, Shaun terlibat dengan kontrovesi apabila telah dituduh memanipulasi carta-carta tersebut untuk menjuarainya. Akan tetapi selepas siasatan dari pihak kerajaan korea nyata sekali tuduhan itu tidak benar. Satu pencapaian yang sangat mengejutkan untuk seorang penyanyi yang tidak mempunyai ‘fan-based’.
Shaun  merupakan seorang penyanyi, pembuat lagu, penerbit muzik, dan DJ memulakan langkah kariernya sebagai penyanyi tambahan dan pemain ‘keyboard’ untuk kumpulan indie The Koxx pada tahun 2010. Sepanjang karier perjalanannya beliau juga terlibat dengan artis-artis besar dalam menerbitkan lagu seperti f(X), Exo dan BTS. Beliau juga aktif dalam bidang DJ beliau dan tampil di dalam acara-acara besar di Korea.

Leave a Reply