Ikuti Kami:

Kahwini Abang Tapi Jatuh Cinta Dengan Adik, Plot ‘When I Was The Prettiest’ Dikritik Sebelum Mula Tayangan

Kahwini Abang Tapi Jatuh Cinta Dengan Adik, Plot ‘When I Was The Prettiest’ Dikritik Sebelum Mula Tayangan

Elemen cinta tiga segi sememangnya merupakan satu plot yang sudah biasa disajikan dalam banyak K-Drama. Pun begitu, masih ramai lagi penonton yang sukakan konflik sedemikian, sama seperti yang bakal ditonjolkan dalam drama terbaru MBC iaitu “When I Was The Prettiest”.

Sinopsis ringkas

Membawa kisah Oh Ye-ji (Im Soo-hyang) iaitu seorang wanita yang naif dan optimistik terhadap kehidupannya. Dia hanya mengimpikan kebahagiaan yang picisan sebagai seorang pereka seramik namun tanpa sengaja telah terperangkap di antara cinta dua adik-beradik lelaki.

Seo-hwan (Ji-soo) ialah seorang arkitek yang berjaya namun lelaki itu kekal mencintai seorang wanita sahaja iaitu Ye-ji semenjak dia bertentang mata dengan wanita itu yang menjadi guru ganti sementara di sekolahnya suatu ketika dahulu. Perasaan yang sudah lama terperuk itu semakin menyakitkan apabila melihat abangnya berjaya meraih hati wanita impiannya.

mbc when i was the prettiest dikritik

Seo-jin (Ha Seok-jin) pula adalah seorang pelumba kereta dan merupakan ketua kepada pasukan pelumbanya. Seorang yang pendiam namun akan pastikan dia memiliki apa yang dia mahukan, lelaki itu jatuh cinta pandang pertama apabila bertemu dengan Ye-ji buat kali pertama di bengkel milik ayahnya.

Penonton luah rasa tidak selesa dengan plot

Walaupun nampak ringkas dan normal sahaja plotnya iaitu mengenai dua lelaki yang berebut cinta seorang wanita, namun ramai yang meluahkan rasa tidak selesa memandangkan kedua lelaki itu adalah adik-beradik. Tambahan pula, Seo-hwan yang menyimpan perasaan sejak daripada zaman sekolah lagi apabila jatuh cinta dengan gurunya sendiri.

Semakin serabut kerana menerusi trailer yang dikeluarkan, nampaknya Ye-ji dan Seo-jin akhirnya berkahwin selepas bercinta. Tetapi ia menimbulkan reaksi negatif penonton kerana Seo-hwan kekal mendambakan kakak iparnya. Bahkan drama ini juga mengatakan bahawa Ye-ji terperangkap dengan perasaan yang berselirat apabila dia jatuh cinta dengan adik-beradik tersebut. Parah!

Malah peminat sepertinya keliru kerana Ji-soo yang membawa watak Seo-hwan dinamakan sebagai watak lelaki utama, jadi adakah dia akan merampas isteri abangnya sendiri?

Banyak betul bendera merah walaupun baru baca plotnya…

 

Dah lama saya nantikan drama yang diterajui Ji-soo tapi saya tak sukakan plot drama ini.

 

Boleh tak mereka buat drama yang normal sahaja??

 

Plot yang tidak menyeronokkan dan bermasalah..

 

Dia dah kahwin dengan abangnya? Ini adalah drama yang boleh dibawa ke penjara!

 

Saya tidak kisah drama cinta tiga segi tapi tidak yang ini..

Tak pastilah macam mana perkembangan plotnya nanti. Sama-sama saksikan “When I Was The Prettiest” bermula 19 Ogos nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...