Ikuti Kami:

Juruwang Miliki Kebolehan Hebat, Lee Kwangsoo Dilamar Terajui Drama Thriller ‘Murderer’s Shopping List’

Juruwang Miliki Kebolehan Hebat, Lee Kwangsoo Dilamar Terajui Drama Thriller ‘Murderer’s Shopping List’

Khabarnya Lee Kwang-soo mungkin akan kembali ke dunia drama selepas 3 tahun menyepikan diri.

Menurut agensinya,

Lee Kwang-soo sedang dalam perbincangan untuk muncul dalam drama ‘Murderer’s Shopping List”, dan keputusannya nampak positif.

Berdasarkan daripada novel dengan nama yang sama, drama thriller ini membawa kisah pelbagai jenayah dan situasi berbahaya seperti penderaaan kanak-kanak dan pengintip yang boleh berlaku di dalam kejiranan yang normal.

lee kwangsoo

Lee Kwang-soo dilamar untuk membawa watak Ahn Dae-sung, seorang juruwang di pasaraya dengan kebolehan mengingati semuanya dengan terperinci yang hebat selain mempunyai kemahiran memerhati yang kuat. Dia juga merupakan seorang watak yang tak boleh lari daripada ketidakadilan.

Selalu berlakon filem sahaja, mesti ramai yang nak tengok Lee Kwang-soo dalam drama kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...