Ikuti Kami:

Jururawat Sekolah Hapus Roh Berbentuk Jeli, Tonton ‘The School Nurse Files’ Penuh Komedi & Misteri Di Netflix

Jururawat Sekolah Hapus Roh Berbentuk Jeli, Tonton ‘The School Nurse Files’ Penuh Komedi & Misteri Di Netflix

Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya pelakon Jung Yoo-mi kembali beraksi dalam industri K-Drama menerusi siri asal Netflix iaitu “The School Nurse Files”. Lakonannya yang hebat sudah pasti bakal merebut hati penonton!

Diadaptasi daripada novel popular bertajuk ‘School Nurse Ahn Eun-young’, drama ini mengisahkan seorang jururawat sekolah bernama Ahn Eun-young (Jung Yoo-mi) yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk melihat roh disekitarnya, tetapi dalam bentuk jeli. Dengan kelebihan ini, Eun-young cuba untuk menyelesaikan segala misteri yang menyelubungi sekolah tersebut dengan bantuan seorang guru kesusasteraan Cina baru iaitu Hong In-pyo (Nam Joo-hyuk). Bahkan lelaki ini juga mempunyai kemampuan asing bagi membantu mereka sama-sama membanteras pelbagai masalah ini.

netflix the school nurse files

Berdasarkan daripada poster yang baru sahaja dikeluarkan, penonton boleh menjangkakan campuran tema yang pelbagai merangkumi daripada imaginasi, komedi, drama, misteri dan banyak lagi. Semakin tak sabar lagi apabila ramai yang dah ternantikan gandingan di antara Jung Yoo-mi dan juga Nam Joo-hyuk, bestnya!

Kepada yang dah tak sabar, “The School Nurse Files” bakal menemui anda pada 25 September nanti hanya di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...