Ikuti Kami:

Junhoe iKON & Yoshi TREASURE Telah Disahkan Positif COVID-19

Junhoe iKON & Yoshi TREASURE Telah Disahkan Positif COVID-19

Nampaknya, makin ramai artis di bawah agensi YG Entertainment yang telah disahkan positif COVID-19.

Sebelum ini, telah diumumkan bahawa Jin-hwan, Yun-hyeong, DK iKON, dan Seung-hoon WINNER telah diuji positif bagi COVID-19. Pada hari ini pula, YG Entertainment sekali lagi mengumumkan kes positif bagi 2 lagi artis di bawah agensi mereka, iaitu Jun-hoe iKON dan Yoshi TREASURE. Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:

Ini adalah YG Entertainment.

Mengikuti ahli iKON Kim Jin-hwan, Song Yun-hyeong, dan Kim Dong-hyuk, Koo Jun-hoe turut disahkan menghidap COVID-19.

Koo Jun-hoe telah menjalani ujian PCR pada 22 Januari dan menerima keputusan negatif. Bagaimanapun, dua hari kemudian pada 24 Januari, dia mengalami sakit tekak ringan dan apabila diperiksa semula, dia telah disahkan didiagnosis dengan COVID-19 hari ini (25 Januari).

Ahli TREASURE Yoshi, yang keputusan ujian PCRnya positif, juga akan dikuarantin sendiri dan dirawat di rumah. Kedua-dua Koo Jun-hoe dan Yoshi telah menerima vaksin COVID-19 mereka, dan kini berada dalam keadaan sihat.

Seperti kes yang disahkan sebelum ini, kami akan mengambil langkah pencegahan intensif di luar garis panduan pihak berkuasa kuarantin.

Kami akan terus menjalankan ujian COVID-19 ke atas artis dan kakitangan, tidak kira sama ada mereka mempunyai hubungan rapat dengan kes positif atau tidak, dan akan melakukan proses membasmi kuman di pejabat.

Kami akan berkongsi sebarang perubahan pada situasi dengan cepat, dan kami akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memulihkan kesihatan artis kami dan akan terus mencegah penularan COVID-19.

junhoe ikon yoshi treasure positif covid

Semoga cepat sembuh keduanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...