Ikuti Kami:

Jungkook BTS Umum Sudah Padam Akaun Instagram Peribadinya, Tapi Kenapa?

Jungkook BTS Umum Sudah Padam Akaun Instagram Peribadinya, Tapi Kenapa?

Korang mesti terkejut kan tiba-tiba Jung-kook tutup akaun Instagram dia?

Terkini, penyanyi terkenal iaitu Jung-kook BTS telah memberitahu kepada peminat bahawa dia telah memadam akaun Instagram peribadinya, menerusi laman Weverse.

Tulisnya,

Saya yang tutup akaun Instagram. Ianya bukan menggodam. Saya hanya memadamnya kerana saya tidak mahu melakukannya. Jadi, jangan risau.

Tambah Jung-kook lagi,

Saya akan membuat siaran langsung hanya di Weverse sahaja sekerap mungkin. Saya memadamkan aplikasi itu dengan serta-merta. Saya fikir saya mungkin tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dilakukan sekarang! Saya memberitahu awak semua dengan lebih awal.

Jungkook tutup instagram

Dengan ini, penyanyi itu telah meninggalkan Instagram selepas setahun dua bulan. Untuk maklumat, semua ahli BTS termasuk Jung-kook mula mencipta akaun Instagram peribadinya pada 6 Disember 2021.

Sementara itu, BigHit Music berkata,

Kami faham bahawa dia membuka Instagram untuk mempamerkan keperibadiannya sebagai seorang artis dan untuk berkomunikasi dengan peminat dalam pelbagai cara.

Ermm, sedihnya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...