Ikuti Kami:

Jungkook BTS Rilis Cover Lagu ‘Falling’ Oleh Harry Styles

Jungkook BTS Rilis Cover Lagu ‘Falling’ Oleh Harry Styles

Pada 29 Oktober, Jung-kook BTS telah mengeluarkan nyanyian cover lagu baharu, iaitu “Falling” (lagu asal oleh Harry Styles) di YouTube.

Nada vokal khas Jung-kook dan bunyi yang jelas dapat didengari, kerana dia menggabungkan emosinya sendiri dengan lagu asal Harry Styles.

Khususnya, suara tinggi Jung-kook adalah untuk menyampaikan perasaan terdesak yang kuat mengikut tafsiran semula lagu itu, yang telah menyentuh hati ramai pendengar.

Sering dipanggil ‘fairy cover’, Jung-kook secara konsisten menghadiahkan peminat dengan cover lagu yang menyerlahkan kehebatan vokalnya.

Tidak lama selepas keluaran “Falling”, Jung-kook telah trending tempat pertama di Twitter dalam kategori muzik di seluruh dunia. Video ini juga telah mencecah lebih 6 juta tontonan dalam masa kurang dari 24 jam!

Sedapnya suara Jung-kook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...