Utama Celebrity News Jung Woosung Sah Positif COVID-19 Manakala Ujian Lee Jungjae Negatif

Jung Woosung Sah Positif COVID-19 Manakala Ujian Lee Jungjae Negatif

jung woosung lee jungjae

Selepas Go Kyung-pyo, seorang lagi pelakon disahkan positif COVID-19 pada hari ini.

Pelakon Jung Woo-sung disahkan positif virus itu kerana jangkitan yang menular.

Jung Woo-sung disahkan positif pada malam 29 November. Kini, dia sedang menjalani kuarantin kendiri mengikut peraturan petugas kesihatan.

jung woosung lee jungjae

Dalam pada itu, rakan baiknya, Lee Jung-jae yang turut sama menjadi penyampai anugerah pada ‘2021 Blue Dragon Film Awards’ baru-baru ini disahkan negatif daripada dijangkiti COVID-19.

Lee Jung-jae berlepas ke Amerika Syarikat pada 27 November dan disahkan negatif sebelum penerbangannya. Ujia sekali lagi dilakukan sebelum menghadiri ‘2021 Gotham Awards’ dan ianya juga negatif.

Semoga Jung Woo-sung cepat sembuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERJoy News 24
Loading...