Ikuti Kami:

Jung Woosung Sah Ganti Watak Bae Sungwoo, ‘Delayed Justice’ Sambung Tayangan Januari 2021

Jung Woosung Sah Ganti Watak Bae Sungwoo, ‘Delayed Justice’ Sambung Tayangan Januari 2021

Selepas kes memandu dalam keadaan mabuk yang melibatkan Bae Sung-woo, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikannya dalam drama “Delayed Justice” yang masih lagi bersiaran di SBS.

Sebelum ini SBS ada mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa drama itu akan menghentikan tayangan buat seketika sehingga tahun hadapan selain akan mempunyai sedikit perubahan dari segi plot.

Terbaru, pihak produksi “Delayed Justice” telah menyampaikan berita baru.

Kami mengucapkan terima kasih kepada penonton yang menantikan ‘Delayed Justice’

Bukan itu sahaja, kami memohon maaf sekali lagi kerana membuatkan anda berasa risau.

Selepas perbincangan yang panjang mengenai pelakon yang menggantikan watak utama, pelakon Jung Woo-sung telah mengesahkan bakal menyertai drama ini dan beliau akan memulakan penggambaran pada minggu hadapan.

‘Delayed Justice’ akan mengambil masa untuk menyusun semula dan menyambung tayangan pada awal Januari 2021.

Disebabkan penggambaran sudah selesai hingga episod 16, kesemua bahagian yang mengandungi Bae Sung-woo akan disunting sehabis baik dan bermula daripada episod 17 hingga 20, pelakon Jung Woo-sung akan membawakan watak Park Sam-soo dan mengemudi drama ini.

Kami akan melakukan yang terbaik untuk menghasilkan drama ini dan menyapa penonton dengan projek yang baik lagi tanpa menyebabkan anda berasa tidak selesa.

Terima kasih.

jung woosung

Katanya, “Delayed Justice” akan ditayangkan pada Jumaat dan Sabtu jam 10 p.m. (waktu Korea) apabila ianya disambung semula nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...