Ikuti Kami:

Jung Woo & Lee Yoomi Dalam Perbincangan Terajui Drama Sukan ‘Mental Coach Je Galgil’

Jung Woo & Lee Yoomi Dalam Perbincangan Terajui Drama Sukan ‘Mental Coach Je Galgil’

Adakah Jung Woo dan Lee Yoo-mi akan membintangi drama yang sama nanti?

Terbaru, laporan mengatakan kedua mereka bakal menerajui drama “Mental Coach Je Gal-gil”. Ia adalah drama sukan mengenai seorang bekas atlet kebangsaan yang berhenti selepas terpalit skandal dan menjadi jurulatih mental bagi membantu atlet profesional yang sudah bersara atau sedang aktif melepasi ‘slump’ mereka.

Jung Woo dilamar untuk membawa watak Je Gal-gil, yang merupakan bekas atlet Tekwon-do sebelum menjadi jurulatih mental kini.

lee yoomi jungwoo

Lee Yoo-mi pula ditawarkan watak Cha Ga-eul, bekas pemenang pingat trek pendek luncur laju bertaraf dunia yang berada dalam fasa ‘slump’ kini. Digelar ‘puteri salju’ apabila di atas ais, dia mengalami risiko dilupakan selepas keadaan ini.

Kedua-dua agensi mereka mengesahkan bahawa ada menerima tawaran drama berkenaan dan sedang menelitinya kini.

Bestlah drama sukan, harapnya mereka terima tawaran ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...