Ikuti Kami:

Jung Ilwoo Dedah Alami Kemurungan Selepas Disahkan Menghidap Penyakit Membunuh Cerebral Aneurysm

Jung Ilwoo Dedah Alami Kemurungan Selepas Disahkan Menghidap Penyakit Membunuh Cerebral Aneurysm

Pelakon Jung Ilwoo mula menempa nama dalam industri hiburan menerusi lakonannya dalam drama seperti “49 Days”, “Cool Guys, Hot Ramen”, “Moon Embracing The Sun” dan banyak lagi. Walaupun sedang mengecap populariti, lelaki tersebut mengumumkan bahawa dia akan menyertai latihan khidmat ketenteraan pada tahun 2016 sebagai seorang pegawai perkhidmatan biasa dan bukannya tentera aktif. Disebabkan ramai yang tertanya-tanya, agensinya mendedahkan bahawa Jung Ilwoo sebenarnya menghidapi penyakit cerebral aneurysm dan tidak boleh melakukan tugasan berat.

Semua netizen bersimpati apabila mendengarkan kondisi lelaki berusia 26 tahun (pada ketika itu) dan memujinya kerana masih menyertai latihan ketenteraan meskipun boleh meminta pengecualian. Bagi yang tidak tahu, cerebral aneurysm adalah satu penyakit yang sangat membahayakan. Ia adalah pembuluh darah yang lemah dan menyebabkan pembesaran arteri di dalam otak. Pecah dan pendarahan akibat cerebral aneurysm boleh menyebabkan strok atau pun koma dan membawa kepada kematian. Tetapi ada 50% – 80% cerebral aneurysm tidak akan pecah.

jung ilwoo dedah kemurungan sekepas didiagnosis cerebral aneurysm

Jung Ilwoo tidak pernah bercerita mengenai hal ini secara terbuka dan lebih selesa menyimpannya sendiri. Namun, menerusi rancangan “New Item Release, Convenience Store Restaurant”, pelakon kacak tersebut telah membuka cerita mengenai penyakit itu dan bagaimana dia mengalami kemurungan disebabkannya.

“Semasa saya didiagnosis, saya berasa bahawa bom masa yang sedang berdetik. Saya langsung tak keluar rumah kerana kerisauan dan kemurungan.”

Dia menjelaskan bahawa dia hidup seperti itu untuk beberapa bulan sebelum menukar arah pandangannya dan berfikir bahawa manusia tidak tahu bila mereka akan mati. Jadi dia seharusnya menikmati masa sekarang dan melakukan semua perkara yang dimahukannya selagi masih sempat.

“Dengan pemikiran itu, saya pergi ke Santiago. Pada masa itu, ia adalah waktu yang paling menggembirakan sepanjang hidup saya kerana saya pergi bukan sebagai pelakon Jung Ilwoo, tetapi pemuda berusia 20-an Jung Ilwoo.”

jung ilwoo dedah kemurungan sekepas didiagnosis cerebral aneurysm

Dia juga mendedahkan kerana dia masih muda, dia tidak boleh mendapatkan pembedahan dan hanya melakukan pemeriksaan setiap 3 bulan.

Kesemua peminat memuji keberaniannya yang tidak segan untuk berkongsi masalah penyakit berbahaya itu. Mereka juga mendoakan agar dia cepat pulih dan dapat terus memenuhi kaca televisyen dengan naskhah lakonannya.

Sumber: Jazmine Media

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...