Jung Hoyeon Kongsi Bahawa Akaun Media Sosial Miliknya Hanyalah Instagram

jung hoyeon

Dek populariti yang kini meningkat, Kang Sae-byeok iaitu nama watak yang dipegang oleh Jung Ho-yeon dalam “Squid Game”, kini terpaksa berdepan dengan banyak akaun media sosial palsu yang dicipta oleh orang sebarangan.

Ingin menumpang populariti artis tersebut, ada yang mencipta akaun sosial media palsu dan berpura-pura sebagai Jung Ho-yeon yang sebenar.

Hal ini telah mengelirukan ramai peminat artis tersebut.

jung hoyeon

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Jung Ho-yeon terus memaklumkan kepada peminat bahawa Instagram adalah satu-satunya akaun media sosial miliknya.

Ini adalah satu-satunya akaun media sosial yang saya ada ketika ini. Saya sekarang tidak berada di Twitter, TikTok, dll. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda!!

Haaa ingat tau jangan follow akaun palsu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply