Ikuti Kami:

Jung Chulmin Kemudi Program Baru Lepas Tinggalkan ‘Running Man’, Disertai Yoo Jaesuk & Jun Somin

Jung Chulmin Kemudi Program Baru Lepas Tinggalkan ‘Running Man’, Disertai Yoo Jaesuk & Jun Somin

Panjang sungguh jodoh bekas PD rancangan “Running Man” iaitu Jung Chul-min dengan Yoo Jae-suk. Dikhabarkan bahawa mereka berdua bakal bergabung dalam sebuah rancangan misteri luar studio bertajuk “Sixth Sense”. Ini adalah projek pertama pengarah itu selepas berpindah ke stesen penyiaran tvN!

Lebih menyeronokkan apabila terdapat tiga selebriti wanita lain yang turut disahkan bakal menyertai mereka dalam menjayakan rancangan hiburan baru itu. Salah seorang daripada mereka ialah ahli “Running Man” sendiri iaitu Jun So-min dan dua yang lain ialah penyanyi Jessi serta pelakon Oh Na-ra.

sixth sense tvn

Rata-rata peminat dah meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan gandingan Yoo Jae-suk dan Jun So-min yang ‘masuk air’ tersebut. Malahan ada juga yang tak sabar melihat pertelingkahan pengacara popular tersebut dengan Jessi yang sememangnya tidak boleh dikawal!

Penggambaran untuk episod pertama “Sixth Sense” difahamkan bakal bermula Ogos ini. Rasanya adakah ia seperti “Village Survival, The Eight”? Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...