Pelakon Jun So-min dan Kim Se-jeong disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.
Respon agensi Jun So-min pelakon wanita itu disahkan positif virus berkenaan dan bakal menamatkan kuarantin pada 24 Mac nanti.
Bagi Kim Se-jeong pula, dia disahkan positif selepas menjalani ujian PCR pagi ini. Dalam pada itu, pelakon wanita ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran “A Business Proposal” kelmarin dan bakal menunda perjumpaan peminat “Sejeong Saesang’s Diary’ yang dijadualkan pada 26 Mac ini.
Semoga mereka berdua sihat sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.