Ikuti Kami:

Jom Imbau Kisah Cinta 7 Pasangan Artis Popular Korea Tetapi Gagal Di Tengah Jalan

Jom Imbau Kisah Cinta 7 Pasangan Artis Popular Korea Tetapi Gagal Di Tengah Jalan

Hidup sebagai seorang artis pasti akan sentiasa ada yang memerhati. Tidak terkecuali juga bagi artis K-Pop dan K-Drama, ada sahaja paparazi yang pasang mata. Lihatlah beberapa bintang besar Korea Selatan yang telah terjerumus dalam kes dakwaan buli, penyalahgunaan dadah, keganasan, dan banyak lagi.

Untuk kali ini, KimchiDaily nak kongsikan 7 pasangan artis Korea yang gagal meneruskan kisah percintaan mereka.

Taeyeon dan Baekhyun 

Berbalik pada tahun 2018, penyanyi terkenal daripada kumpulan EXO, Baekhyun dikatakan hangat bercinta dengan Taeyeon ahli Girls Generation. Berita Korea melaporkan mereka  bermadu kasih secara rahsia selama beberapa bulan. Selepas mendapat liputan meluas, dua artis K-Pop yang sangat popular ini mengumumkan mereka memang betul bercinta.

IU dan Jang Kiha 

Kisah percintaan dua artis hebat ini mendapat kecaman dari ramai peminat oleh kerana jarak umur antara IU dan Jang Kiha ialah 11 tahun. Walau bagaimanapun, hubungan mereka hanya bertahan selama 3 tahun sebelum putus pada Januari 2017. Kedua-duanya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang punca mereka berpisah.

Suzy dan Lee Dong-wook 

Pada Mac 2018, berita televisyen tempatan melaporkan Suzy dan Lee Dong-wook bercuti bersama-sama di Cheondamdong. Tidak lama selepas itu, pasangan ini tampil mengesahkan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan percintaan. Walaupun Lee Dong-wook tua 13 tahun daripada Suzy, pelakon dan juga penyanyi itu tetap merasakan bahawa umur tidak menjadi penghalang hubungan cinta mereka. Malangnya, peminat menerima berita yang mengejutkan kerana dua artis berbakat ini telah berpisah pada Julai 2018 kerana jadual mereka yang padat.

Yoona dan Lee Seung-gi 

Dunia hiburan Korea pernah digemparkan dengan kisah percintaan antara dua artis yang sangat popular iaitu Yoona dan Lee Seung-gi. Ada yang menduga mereka berdua bercinta sejak September 2013. Setelah hampir setahun menjalinkan hubungan istimewa, mereka berpisah disebabkan oleh kekangan jadual kerja masing-masing. Pada 7 April 2023, Lee Seung-gi telah selamat berkahwin bersama Lee Da-in. Semoga berbahagia Lee Seung-gi.

Krystal dan Kai 

Khabar Kai EXO dan Krystal f(x) sedang menjalin hubungan istimewa telah didedahkan pada tahun 2016. Umum mengetahui bahawa mereka berdua sangat rapat semenjak menjadi pelatih dan pernah beberapa kali dilihat keluar bersama. Tidak lama selepas itu, SM Entertainment mengeluarkan kenyataan mengesahkan mereka sedang bercinta. Peminat memberi reaksi yang sangat positif terhadap pasangan ini malah memberi nickname “Kaistal” untuk mereka. Namun setahun kemudian, Kai dan Krystal secara rasminya berpisah kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Apabila berita perpisahan mereka diumumkan, ia mematahkan hati ramai peminat.

Tiffany dan Nichkhun 

Girl’s Generation dan 2PM berada di puncak kerjaya semasa Tiffany dan Nichkhun mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada tahun 2014. Berita tentang hubungan ini mula tersebar selepas kedua-dua penyanyi ini ‘kantoi’ keluar bersama dan tidak lama kemudian pasangan ini mengesahkan mereka memang bercinta. Namun begitu, cinta antara Tiffany dan Nichkhun ini tidak bertahan lama kerana kepadatan jadual kerja mereka.

Park Min-young dan Lee Min-ho 

Pada tahun 2011, Park Min-young dan Lee Min-ho membintangi drama romantik “City Hunter”. Pada tahun itu, Park Min-young berada di puncak kerjaya. Pelakon cantik itu mengaku secara terbuka bahawa hubungannya bersama Lee Min-ho bukan sekadar kawan biasa. Cerita cinta mereka terhenti di tengah jalan kerana keduanya sangat sibuk dengan penggambaran dan jarang berjumpa. Pasangan kekasih ini bertahan selama lebih kurang 7 bulan.

Jodoh itu di tangan Tuhan. Betul tak?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...