Ikuti Kami:

Jom ‘Dress Up’ Macam Artis K-Pop! 10 Kardigan Cantik Ini Boleh Dibeli Di Shopee

Jom ‘Dress Up’ Macam Artis K-Pop! 10 Kardigan Cantik Ini Boleh Dibeli Di Shopee

Selain hiburan seperti lakonan dan nyanyian, negara Korea Selatan turut dikenali sebagai dunia fesyen!

Fesyen sentiasa menjadi sebahagian daripada budaya Korea, tetapi ia tidak pernah menjadi sebesar atau sepopular seperti sekarang, berkat populariti K-Pop dan K-Drama yang juga semakin menjadi bualan seluruh dunia!

Dalam artikel kali ini, Kimchi Daily ingin beri peluang buat semua agar korang boleh dress up sama macam idola K-Pop, dengan harga yang berpatutan tau. Jom tengok kat bawah!

1. Jennie BLACKPINK

blackpink jennie

Jennie berkongsi gambarnya memakai kardigan merah jambu comel ini di Instagramnya pada tahun lepas. Kini, korang pun boleh cantik macam Jennie tau. Dapatkan kardigan tersebut di SINI!

2. V BTS

bts v

Dalam salah satu episod program “Run BTS!”, V dilihat memakai kardigan bewarna coklat cair ini. ARMY, korang boleh dapatkannya dengan harga yang berpatutan di SINI!

3. Mingyu SEVENTEEN

mingyu seventeen

Ketika siaran langsung yang dilakukan Ming-yu SEVENTEEN menerusi VLIVE, idola itu kelihatan selesa memakai kardigan coklat hitam seperti yang boleh dilihat dalam gambar. Dapatkannya dengan harga hanya RM41.90 di Shopee!

4. IU

IU

Ketika konsert IU “Love, Poem” yang diadakan di Seoul pada 2019, idola yang mempunyai susuk tubuh kecil itu dilihat memperagakan kardigan rajutan comel bewarna ungu dan hijau. Anda boleh mencipta look yang sama seperti IU dengan hanya RM51.50 di SINI!

5. Jaehyun NCT

nct jaehyun

Kepada semua NCTzen, Kimchi Daily ingin beri peluang buat anda semua untuk memakai baju yang sama seperti Jae-hyun NCT. Jom beli kardigan tersebut di SINI!

6. Jay ENHYPEN

jay enhypen

Comelnya kardigan hijau putih ni! Korang tahu tak, selain Jay ENHYPEN yang dilihat pernah menggayakan kardigan seperti dalam gambar di atas, idola K-Pop lain seperti Haruto TREASURE, Seung-kwan SEVENTEEN dan ramai lagi juga pernah memakai kardigan yang sama tau. Jom dapatkannya di SINI!

7. Joy RED VELVET

red velvet joy

Kardigan pendek bunga-bunga yang dipakai Joy RED VELVET dalam gambar di atas comel kan? Kalau korang berminat, ianya boleh dibeli di Shopee dengan harga RM50.71 sahaja tau. Klik di SINI!

8. Lisa BLACKPINK

blackpink lisa

Lisa BLACKPINK memang dikenali sebagai seorang yang mempunyai citarasa yang bagus dalam dunia fesyen. Dalam salah satu entri yang dimuat naik idola itu di Instagram, Lisa dilihat menggayakan kardigan jenama ‘Celine’, cantik sangat! Selain Lisa, Tae-yong NCT, The8 SEVENTEEN dan ramai lagi turut mempunyai kardigan yang sama. Kini, korang pun boleh dapatkannya di SINI, dengan harga RM54.50 je tau!

9. Jisoo BLACKPINK

blackpink jisoo

Menerusi video promosi untuk jenama telefon SAMSUNG, Ji-soo BLACKPINK memakai kardigan tie-dye hijau kuning. Apa tunggu lagi, dengan hanya RM54, kardigan tersebut boleh dibeli di SINI.

10. Wendy RED VELVET

red velvet wendy

Ketika mengacarakan program radio “SBS Young Street”, Wendy RED VELVET menggayakan kardigan vintage seperti dalam gambar. ReVeluv, korang pun boleh dapatkannya di SINI tau!

Semua cantik-cantik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...