Makin ramai yang jatuh cinta melihat keserasian antara Lee Sung-kyung dan Ahn Hyoseop!

Baru-baru ini, SBS telah memuat naik klip pendek di mana pasangan “Dr Romantic 3” itu melakukan pelbagai gaya untuk gambar mereka. Tulis saluran itu,
Gambar disediakan Seu PD buat kisah romantik Woo-jin Eun-jae.
Komen saluran itu lagi,
Mereka berdua kelihatan sangat sepadan.
습드가 준비한 우진은재 낭만네컷✨
둘이 진짜 잘 어울리네,,,❤SBS 금토드라마 <낭만닥터 김사부3>
☞ [금,토] 밤 10시#SBS금토드라마 #낭만닥터김사부3#drromantic3 #낭닥3 #김사부#안효섭 #서우진 #이성경 #차은재#우진은재 #리셋커플 #낭만네컷 pic.twitter.com/JrwiLTWkZi— SBSNOW (@SBSNOW) May 9, 2023
Bukan sahaja berpegangan tangan, Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung dilihat tidak kisah berpelukan serta bercium hingga membuatkan ramai yang menebak mungkinkah kedua pelakon itu menjalani hubungan romantik.
Tak cukup dengan itu, peminat perasan lelaki itu meminta Lee Sung-kyung untuk menciumnya tanpa berasa segan sekaligus membuatkan hati ramai peminat berbunga.
Serasi kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉