Ikuti Kami:

Jo Seho Disahkan Positif, Yoo Jaesuk Sekali Lagi Jalani Ujian COVID-19

Jo Seho Disahkan Positif, Yoo Jaesuk Sekali Lagi Jalani Ujian COVID-19

Semakin hari, semakin ramai selebriti Korea yang disahkan positif COVID-19.

Terbaru, Jo Se-ho disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian virus berkenaan. Ulas agensinya,

Jo Se-ho menjalani ujian PCR pada 27 kerana mempunyai kontak dengan individu positif COVID-19. Keputusannya disahkan pada tengah hari tadi.

Sudah pun selesai mengambil suntikan vaksin penggalak, pelawak itu hanya mempunyai simptom ringan dan sedang menjalani segala peraturan yang ditetapkan oleh penguatkuasa kuarantin.

yoo jaesuk jo seho

Dalam pada itu, kesemua jadual seninya telah dihentikan selain staf yang terlibat menjalani ujian kini.

Yoo Jae-suk yang merupakan rakan hos “You Quiz On The Block” turut disahkan bakal menjalani ujian PCR sekali lagi.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...