Ikuti Kami:

Jo Insung & Cha Taehyun Dikhabarkan Bakal Jadi Ahli Tetap Program Hiburan tvN Pada 2021

Jo Insung & Cha Taehyun Dikhabarkan Bakal Jadi Ahli Tetap Program Hiburan tvN Pada 2021

Terkejut apabila dengar bahawa pelakon Jo In-sung akan muncul sebagai ahli tetap sebuah rancangan hiburan nanti.

Pada 30 Disember, wakil tvN menyampaikan bahawa PD Yoo Ho-jin sedang menyiapkan sebuah program hiburan baru di mana ia akan menampilkan Cha Tae-hyun dan Jo In-sung. Khabarnya ia akan memulakan tayangan pada separuh awal tahun hadapan.

Cha Tae-hyun sememangnya dikenali dalam dunia hiburan dan pernah bekerjasama dengan PD tersebut dalam pelbagai rancangan seperti “2 Days 1 Night’, “Where On Earth?” dan “Hometown Flex”. Manakala ini adalah kali pertama Jo In-sung menyertai rancangan hiburan sebagai ahli tetap.

jo insung dan cha taehyun

Tunggu drama baru, rupanya Jo In-sung sertai rancangan hiburan. Tapi tak kisah, asalkan dapat tengok pelakon itu setiap minggu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...