Ikuti Kami:

Jo Byeonggyu Dilamar Terajui Drama Bersejarah ‘Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi’

Jo Byeonggyu Dilamar Terajui Drama Bersejarah ‘Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi’

Sudah pun tamat dengan penggambaran “The Uncanny Counter”, khabarnya Jo Byeong-gyu telah disambar oleh sebuah produksi tvN baru.

“Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi” membawa kisah inspektor diraja rahsia yang menyamar bagi mendedahkan rasuah. Ra Yi-eon (Ryan) ialah pegawai termuda dalam organisasi tersebut selepas menduduki tempat pertama dalam peperiksaan kebangsaan. Dia merupakan seorang lelaki yang memiliki sepasang mata yang menawan namun tidak mempunyai impian mahupun keinginan untuk masa hadapan.

Kata agensi pelakon itu,

Dia ada menerima tawaran tersebut dan kini sedang menelitinya.

jo byeonggyu

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja memandangkan Jo Byeong-gyu kini dikenali sebagai pelakon dengan deretan drama hebat. Bayangkan kesemua drama dibintanginya seperti “SKY Castle”, “Stove League” dan “The Uncanny Counter” kini berterusan meraih rating tinggi.

Best juga kalau Jo Byeong-gyu berlakon drama bersejarah kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...