Ikuti Kami:

Jisung, Seo Jihye & Lee Sookyung Dilapor Bakal Terajui Drama tvN ‘Adamas’

Jisung, Seo Jihye & Lee Sookyung Dilapor Bakal Terajui Drama tvN ‘Adamas’

Nampaknya akan ada K-Drama baru yang pasti dinantikan semua tak lama lagi.

Menurut laporan media, Jisung, Seo Ji-hye dan Lee Soo-kyung akan muncul dalam sebuah drama tvN bertajuk “Adamas” iaitu satu naskhah yang bercita-cita tinggi pada 2022 nanti.

“Adamas” ialah sebuah drama pencarian cerita sebenar mengenai kembar lelaki yang cuba membongkarkan rahsia disebalik pembunuhan ayah mereka 20 tahun dan mencari ‘Adamas’ iaitu senjata pembunuhan yang hilang bersama anak kepada saksi kejadian.

tvn adamas

Jisung akan membawa watak iaitu si kembar Woo-shin dan Soo-hyeon, yang bekerja keras untuk membongkarkan rahsia malam insiden berkenaan. Disebabkan pengalaman Jisung membawa 7 personaliti berbeza dalam “Kill Me, Heal Me”, dia dijangka akan membawa watak itu dengan baiknya.

Seo Ji-hye akan membawa watak Hye-soo, isteri kepada anak sulung kepada keluarga orang kaya dan Lee Soo-kyung pula akan berlakon sebagai wartawan pekerja sosial, Kim Seo-hee.

Disebabkan semua mempunyai pengalaman berlakon yang hebat, ramai yang sudah meletakkan jangkaan yang tinggi buat ‘Adamas’.

Perghhh line-up mantap!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...