Ikuti Kami:

“Jisoo Cantik Ke Lee Sunbin Cantik?” – Penonton Tertawa Lihat Lee Kwangsoo Cemas Bila Kekasihnya Disebut

“Jisoo Cantik Ke Lee Sunbin Cantik?” – Penonton Tertawa Lihat Lee Kwangsoo Cemas Bila Kekasihnya Disebut

Baru-baru ini, ahli BLACKPINK telah hadir sebagai tetamu dalam episod “Running Man” bagi mempromosikan album terbaru mereka “THE ALBUM”.

Salah satu misi dalam episod tersebut, kesemua ahli dan BLACKPINK perlu bermain satu permainan untuk mengubah emosi antara satu sama lain. Setiap daripada mereka menyarungkan cekak yang boleh membaca gelombang otak dan membuatkan telinga ‘kucing’ pada cekak itu bergerak atas ke bawah setiap kali emosi mereka berubah. Misi ini memerlukan mereka kekal tenang selama mungkin supaya telinga itu tidak bergerak-gerak.

Selepas mengenakan Jennie sebelumnya, Lee Kwang-soo dibalas dengan lebih ‘kaw’ oleh gadis itu. Pada soalan pertama sahaja, Jennie telah bertanya mengenai teman wanitanya.

Apa khabar kakak Sun-bin?

lee kwangsoo lee sunbin

Habis telinga kucing yang disarungkan Lee Kwang-soo itu bergerak tak berhenti! Jennie kemudiannya terus menyerang dengan soalan cepumas,

Ji-soo lagi cantik ataupun kakak Sun-bin lagi cantik?

Lee Kwang-soo terus teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut sambil telinga kucingnya terus ‘mengganas’,

Setiap daripada mereka ada tarikan masing-masing…

lee kwangsoo lee sunbin

Rata-rata penonton yang menonton misi ini gelak sakan dek melihatkan Lee Kwang-soo yang berpeluh apabila nama Lee Sun-bin disebut,

Saya tahu soalan mengenai Lee Sun-bin akan ditanya.

 

Kelakar betul reaksi Lee Kwang-soo bila dengar soalan Jennie dan Ji-soo.

 

Saya harap Lee Kwang-soo akan bersama Lee Sun-bin selamanya.

Kelakar betul Lee Kwang-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...