Ikuti Kami:

Jisoo BLACKPINK Bakal Bawa Watak Utama Buat Pertama Kali Dalam Drama ‘Snowdrop’ Di JTBC

Jisoo BLACKPINK Bakal Bawa Watak Utama Buat Pertama Kali Dalam Drama ‘Snowdrop’ Di JTBC

Sibuk betul BLACKPINK sejak kebelakangan ini, dah rilis single terbaru, bakal keluarkan album penuh pertama Oktober nanti dan banyak lagi! Walaubagaimanapun, kesibukan itu tidak menghalang salah seorang ahlinya iaitu Ji-soo untuk mencabar dirinya dalam dunia lakonan.

Khabarnya gadis itu bakal membarisi drama terbaru JTBC bertajuk “Snowdrop” tak lama lagi. Selepas menunjukkan bakat lakonannya dalam “Arthdal Chronicles” sebagai watak jemputan pada tahun lepas, nampaknya Ji-soo kini bakal membawa watak utama pertamanya sepanjang aktif sebagai pelakon.

Bukan biasa-biasa tahu produksi ini, “Snowdrop” dikatakan akan diarahkan oleh pengarah Cho Hyun-tak dan penulis Yoo Hyun-mi yang penah bekerjasama dalam drama popular iaitu “SKY Castle”. Mesti best!

blackpink jisoo snowdrop

Selepas sahaja khabar angin itu berterbangan, seorang wakil daripada syarikat naungannya iaitu YG Entertainment telah tampil dan mengesahkan berita tersebut.

Memang benar Ji-soo telah di ambil berlakon untuk drama baru ‘Snowdrop’.

Peminat nampaknya dah tak sabar nak lihat idola kegemaran mereka beraksi di kaca televisyen nanti. Selamat berjaya buat Ji-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...