Ikuti Kami:

“Jipyung Mesti Bahagia..” – Penonton Tersentuh Lihat Kim Seonho Luah Perasaan Pada Suzy Dalam ‘Start-Up’

“Jipyung Mesti Bahagia..” – Penonton Tersentuh Lihat Kim Seonho Luah Perasaan Pada Suzy Dalam ‘Start-Up’

Nampaknya, apa yang sudah dijangkakan penonton telah pun terjadi pada Han Ji-pyung dalam “Start-Up”.

Seperti yang anda ketahui, Han Ji-pyung adalah merupakan penulis surat sebenar buat Dal-mi (Suzy) dan bukannya Nam Do-san (Nam Joo-hyuk). Pun begitu, rahsia yang berbelas tahun tersimpan rapi akhirnya terbongkar dan membuatkan Dal-mi merasakan bahawa segala yang dilaluinya hanyalah palsu semata-mata.

[Amaran SPOILER]

Disebabkan oleh itu, wanita tersebut mula menjauhkan diri daripada dua lelaki yang merupakan punca kepada luka di hatinya. Namun Han Ji-pung yang sekian lama memendam perasaan akhirnya mendekati Dal-mi bagi menjelaskan hal yang sebenar.

Tidak sepertinya dirinya sebelum ini yang lebih senang duduk di tepian sahaja, Han Ji-pyung akhirnya meluahkan rasa suka kepada wanita itu.

Awak cakap yang awak mahu saya berterus-terang kan? Sebenarnya, ada lagi yang awak tak tahu.

Han Ji-pyung memulakan pengakuan itu dengan menceritakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Nam Do-san selain mengakui bahawa dia yang meminta lelaki itu berbuat demikian.

Bahkan lelaki itu jujur menjelaskan bahawa banyak perkara yang Nam Do-san adalah ikhlas untuk menyenangkan hati wanita itu. Jiwa penonton nyata terusik apabila Han Ji-pyung menyatakan perasaan daripada lubuk hatinya yang paling dalam,

Saya sukakan awak. Saya tak sangka saya akan katakan hal ini sambil menggaul mi. Saya sukakan Seo Dal-mi.

Saya utarakan hal ini kerana mahu bersikap jujur dengan awak. Saya tak luahkannya untuk membebankan awak. Ia adalah perasaan saya, saya tak harapkan pun balasan, jadi jangan terbeban kerananya. Saya tak mahu kita berasa tidak selesa dan mengelak daripada berjumpa antara satu sama lain.

Sehingga ke sudah, Han Ji-pyung langsung tak memburukkan Nam Do-san bagi memenangi hati wanita disukainya. Malah dia tidak memberikan sebarang tekanan supaya Dal-mi menerimanya.

kim seonho start-up

[SPOILER tamat]

Melihatkan personalitinya yang baik ini membuatkan semakin ramai penonton sedih melihat bebanan yang ditanggung olehnya.

Macam mana? Mesti ramai yang sedih tengok babak ni kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...