Ikuti Kami:

Jimin BTS Disahkan Positif COVID-19 & Baru Selesai Jalani Pembedahan Apendiks

Jimin BTS Disahkan Positif COVID-19 & Baru Selesai Jalani Pembedahan Apendiks

Big Hit Music telah berkongsi mengenai status kesihatan Jimin dari BTS baru-baru ini.

Menurut agensi itu, Jimin mengalami kesakitan pada bahagian perut termasuklah sakit tekak sederhana pada 30 Januari. Oleh sebab itu, lelaki tersebut bergegas ke bilik kecemasan di hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan selain ujian PCR.

Kemudian, ujian COVID-19 itu disahkan positif malah Jimin juga disahkan mengalami apendiks akut. Pada 31 Januari, dia telah menjalani pembedahan untuk penyakit tersebut.

Menurut staf perubatan, pembedahan itu berjalan lancar dan Jimin sedang berehat dan berada dalam proses pemulihan kini. Dia dijangka akan dirawat di hospital untuk sementara waktu dek kombinasi COVID-19 dan pembedahan apendiks. Meskipun mengalami sakit tekak, namun ianya semakin membaik.

jimin bts

Dalam pada itu, Jimin disahkan tidak mempunyai sebarang kontak dengan ahli lain sepanjang tempoh kebolehjangkitannya.

Agensi itu menjelaskan bahawa pihak mereka akan terus mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh penguatkuasa kuarantin selain akan memastikan kesihatan artis mereka terus terjaga.

Semoga cepat sembuh.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...