Ikuti Kami:

“Jikalau Saya Dah Tak Sertai Program Ini…”- Song Jihyo Dedah Kemungkinan Tinggalkan ‘Running Man’

“Jikalau Saya Dah Tak Sertai Program Ini…”- Song Jihyo Dedah Kemungkinan Tinggalkan ‘Running Man’

Walaupun dah berada di penghujung usia 30-an, pelakon Song Ji-hyo masih lagi kekal cantik malahan wanita itu juga mengakui bahawa dia tidak meletakkan sebarang penekanan kepada angka tersebut dan gembira dengan dirinya sekarang.

Perkara yang paling susah apabila mencecah 40-an ialah kadar kesembuhan saya adalah lebih lambat. Saya sangat gembira sekarang ini kerana merasakan yang saya boleh lakukan lebih banyak perkara. Saya sangat suka diri saya yang sekarang ini.

Tak tunduk kepada norma masyarakat Korea yang konservatif, Song Ji-hyo menyatakan bahawa dia tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin lagi buat masa ini. Walaupun terbuka kepada fasa hidup yang baru tetapi wanita cantik ini sangat berpuas hati demgan kehidupan solonya kini!

Agak sukar untuk saya menjaga diri sendiri sekarang ini, jadi saya tak mampu untuk menjaga orang lain. Saya senang dengan kehidupan kini. Saya sukakannya.

song jihyo running man

Setiap kali menjalani temu bual, soalan mengenai “Running Man” pasti tidak terlepas daripada ditanya kepada Song Ji-hyo. Sudah 10 tahun mengabdikan diri dengan rancangan ini, wanita tersebut nampaknya masih cekal menjalani penggambaran yang lasak meskipun sudah memasuki usia 40-an.

Sedar bahawa usia 30-an telah dihabiskan bersama “Running Man”, wanita itu menjelaskan bahawa dia banyak belajar daripada program tersebut termasuklah cara untuk berkomunikasi dengan ramai orang.

Selepas 10 tahun bersama, saya sangat mengenali mereka dan banyak benda yang saya berterima kasih kepada kesemua ahli. Banyak juga perkara yang saya rasa bersalah.

Pelakon itu mendedahkan bahawa dia sering berfikir bagaimana dia akan melalui usia 40-an bahkan mengakui sekiranya dia mengundur diri daripada “Running Man” suatu hari nanti, pastinya dia akan berusaha keras dalam projek lain.

Jikalau pun saya tak menyertai ‘Running Man’ semasa berusia 40-an ini, saya percaya bahawa saya akan bertungkus lumus dalam perkara lain.

Buatlah apa pun, peminat akan terus sokong Song Ji-hyo!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...