Ikuti Kami:

“Jijik..” – Sokong Propaganda Isra*l, Episod Akhir ‘When The Phone Rings’ Terima Kecaman Penonton

“Jijik..” – Sokong Propaganda Isra*l, Episod Akhir ‘When The Phone Rings’ Terima Kecaman Penonton

Orang tonton K-Drama untuk redakan stress, tapi sepertinya ramai yang terkesan melihat episod akhir “When The Phone Rings”.

Dalam episod penamat ini, Baek Sa-eon (Yoo Yeon-seok) dan Hong Hee-joo (Chae Soo-bin) akhirnya bertemu semula setelah sekian lama berpisah dan mengakui hubungan cinta yang mendalam tidak memungkinkan perpisahan antara mereka.

Walau bagaimanapun, ramai yang terpana apabila melihat di penghujung episod, terdapat babak di mana Yu-ri (Jang Gyu-ri) melaporkan berita mengenai kononnya Paltima (Palestin) telah menyerang Izmael (Israel) dan mengambil tebusan warga Korea Selatan.

Babak itu nyata membangkitkan kemarahan ramai memandangkan pihak produser “When The Phone Rings” seperti sengaja menggunakan isu itu di akhir drama di mana ianya tidak akan memberikan impak besar kepada naskhah itu kerana ia sudah berakhir.


Komen penonton,

Betapa peliknya untuk menunjukkan Paltima mengebom Izmael dan mengambil tebusan Korea? Pasukan produksi jelas perlu memasukkan pandangan Zionis apabila Israel sedang melakukan pembunuhan besar-besaran, meninggalkan ratusan ribu kanak-kanak cacat.

Rata-rata penonton meminta MBC memberikan kenyataan segera bagi menjelaskan mengapa mereka perlu melibatkan isu sensitif ini di dalam drama berkenaan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...