Ikuti Kami:

Ji Sukjin Akui Terharu Dipujuk Song Jihyo Ketika Kalah Daesang Di ‘2022 SBS Entertainment Awards’

Ji Sukjin Akui Terharu Dipujuk Song Jihyo Ketika Kalah Daesang Di ‘2022 SBS Entertainment Awards’

Walaupun jarang menunjukkannya, namun Song Ji-hyo merupakan seorang yang sangat peka dengan perasaan orang lain.

Pun begitu, hal ini dibuktikan menerusi perkongsian Ji Suk-jin dalam episod terbaru ‘Ji Sukjin’s World’.

Dalam episod ini, lelaki tersebut telah membawa kesemua kru program YouTube itu untuk menjamah daging bakar. Semasa berkongsi cerita sesama mereka, terdapat seorang staf yang bertanya mengenai kejadian semasa Yoo Jae-suk diumumkan sebagai pemenang Anugerah Utama untuk ‘2022 SBS Entertainment Awards’.

ji sukjin song jihyo

Ulasnya, walaupun dia berbisik carutan pada telinga Yoo Jae-suk pada ketika itu namun dia sejujurnya sangat gembira dengan kemenangan lelaki tersebut memandangkan dia ialah wakil “Running Man”.

Selit staf yang lain, mereka perasan bahawa Song Ji-hyo banyak kali memujuk Ji Suk-jin pada malam itu. Ulas ahli tertua “Running Man” tersebut,

Dia duduk di sebelah saya dan terus memujuk saya. Saya sangat berterima kasih dengannya.

Baik kan Song Ji-hyo?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...