Ikuti Kami:

Ji Changwook Dikhabarkan Bakal Berlakon Dengan Kim Yoojung, Netizen Bantah Kerana Perbezaan Umur Ketara!

Ji Changwook Dikhabarkan Bakal Berlakon Dengan Kim Yoojung, Netizen Bantah Kerana Perbezaan Umur Ketara!

Selepas tamat drama romantik “Melting Me Softly”, dengar cerita pelakon Ji Changwook sudah sibuk mencari drama baru yang akan diterajuinya selepas ini. Rata-rata peminat juga tidak sabar menanti projek lakonan terbaru lelaki tersebut kerana mereka sepertinya tidak berpuas hati dengan plot cerita drama sebelum ini sehinggakan ia mendapat rating yang kurang memberangsangkan.

Penantian kini sudah tamat kerana khabar angin yang bertiup kencang menyatakan bahawa pelakon lelaki kacak itu akan membintangi drama bertajuk “Convenience Store Saet Byul” tidak lama lagi. Selain itu dia turut dikatakan akan bergandingan bersama Kim Yoojung sebagai heroinnya dalam drama tersebut. Naskhah itu berkisarkan tentang kisah seorang pekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka 24 jam bersama pengurusnya yang kalut.

ji changwook

Walaubagaimanapun, agensi naungan Ji Changwook iaitu Glorious Entertainment mengeluarkan kenyataan bahawa artis mereka itu masih belum lagi menerima tawaran berlakon tersebut. Ia hanyalah salah satu drama yang ditawarkannya di antara projek yang lain.

Namun begitu, selepas sahaja mendengar berita ini, segelintir peminat melahirkan rasa kurang senang apabila mendapat tahu bahawa Ji Changwook bakal bergandingan bersama Kim Yoojung. Ini kerana gadis itu baru sahaja menginjak usia 20 tahun manakala pelakon lelaki itu sudah berusia 32 tahun. Jarak usia mereka yang agak berbeza menyebabkan netizen membantah gandingan pasangan itu. Mereka meminta agar Kim Yoojung supaya digandingkan dengan pelakon lelaki yang sebaya dengannya. Tambahan pula dia pernah berlakon dengan Yoon Kyunsang (32) yang juga jauh lebih tua daripadanya sebelum ini dalam drama “Clean With Passion For Now”.

kim yoojung

Lagi pula, plot cerita “Convenience Store Saet Byul” yang diadaptasi daripada webtoon ini turut menerima kritikan peminat. Rupanya dalam jalan cerita asal, terdapat banyak babak keganasan dan seksual melampau lantas mereka semua menolak naskhah itu diadaptasikan kepada drama kerana dirasakan tidak sesuai untuk tontonan umum.

“Saya sukakan Ji Changwook, tetapi dia terlalu tua berbanding dengannya.”

“Saya baru sahaja membaca webtoon ini dan ia mengandungi terlampau banyak babak seksual dan ganas. Dalam banyak-banyak webtoon yang ada, kenapa perlu pilih webtoon tersebut untuk diadaptasikan kepada drama. Bukan tak suka tetapi saya harap mereka tolak drama ini.”

“Pertama sekali, saya tidak suka jalan ceritanya kerana ia lebih kurang sama dengan drama lakonan Kim Yoojung sebelum ini. Kedua, kenapa tidak berikan Kim Yoojung pasangan pelakon yang seusia dengannya. Mereka asyik menggandingkan dia dengan lelaki berusia dan ia sedikit kekok. Tetapi oleh kerana ia adalah Ji Changwook, saya rasa masih boleh terima lagi.”

“Saya tiada masalah dengan barisan pelakonnya tetapi mereka tak padan langsung.. terutama sekali untuk babak romantik…”

“Kenapa banyak sangat K-Drama dengan jarak usia melampau sejak kebelakangan ini.”

Namun begitu, kedua-dua pelakon ini masih belum memberikan jawapan yang sahih sama ada mereka sudah menerima tawaran berlakon drama “Convenience Store Saet Byul” ini. Nantikan sahaja kenyataan rasmi daripada Ji Changwook dan Kim Yoojung selepas ini.

Sumber: Jazmine Media

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...