Ikuti Kami:

Jessica Jung Bekas Ahli SNSD Sah Akan Sertai Program Survival Kumpulan Gadis Di China

Jessica Jung Bekas Ahli SNSD Sah Akan Sertai Program Survival Kumpulan Gadis Di China

Siapa yang rindu nak lihat Jessica lebih aktif dalam bidang nyanyian?

Bagi yang belum tahu, Jessica Jung ialah bekas ahli GIRLS’ GENERATION, yang telah meninggalkan kumpulan itu pada 2014. Pada 2016, Jessica mula aktif sebagai penyanyi solo dan telah mengeluarkan album solo pertamanya “With Love, J”, didedikasikan khas buat peminat. Selepas mengeluarkan jenama pakaiannya “Blanc & Eclare”, Jessica nampaknya kurang membuat promosi sebagai penyanyi, yang mana telah membuatkan peminat merindui vokal uniknya.

Namun baru-baru ini, telah tersebar khabar angin berkaitan nama dan profil Jessica Jung yang tersenarai dalam senarai tidak rasmi peserta program survival kumpulan gadis China “Sisters Who Make Waves” musim ke-3, yang telah didedahkan di komuniti dalam talian. Tambahan, nama Jessica juga telah ditulis sebagai ‘Joseonjok’ (merujuk kepada orang Cina berketurunan Korea) dalam profilnya. Profil Jessica juga mempunyai nama Koreanya Jung Soo-yeon dan menggambarkannya sebagai penyanyi dan pelakon Amerika yang dilahirkan pada tahun 1989 yang lulus dari ‘Korea Kent Foreign School’, dan merupakan bekas ahli GIRLS’ GENERATION.

jessica jung

Berikutan itu, agensi bagi Jessica iaitu Coridel Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi memberi penjelasan sebenar. Menurut agensi,

Memang benar bahawa Jessica akan menyertai program uji bakat China. Namun, senarai peserta yang berkaitan tidak mempunyai sumber. Wakil daripada Mango TV mendakwa bahawa mereka tidak mengeluarkan atau mencipta senarai, dan kami sudah tentu tidak akan menulis dan menyampaikan profil seperti itu.

Tambah agensi,

Memandangkan dia telah menarik diri daripada GIRLS’ GENERATION, dia tidak akan mempromosikan dengan nama GIRLS’ GENERATION di barisan hadapan. Syarikat penyiaran juga langsung tidak mengetahui situasi ini. Itulah sebabnya kami meminta mereka mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa mereka tidak membuat atau mengeluarkan senarai.

Sementara itu, “Sisters Who Make Waves” merupakan program pertandingan selebriti wanita yang berumur sekurang-kurangnya 30 tahun, dan mereka bersaing untuk membuat debut semula dalam kumpulan wanita lima ahli. Musim lalu, Fei dan Jia MISS A turut menyertai program tersebut.

jessica jung

Tak sabar nak tengok Jessica menyanyi kembali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...