Ikuti Kami:

Jeongyeon TWICE Akui Masih Setia Minat Park Bogum

Jeongyeon TWICE Akui Masih Setia Minat Park Bogum

Siapa je tak minat Park Bo-gum kan?

Baru-baru ini, salah seorang ahli dari kumpulan TWICE iaitu Jeong-yeon telah muncul dalam video GQ KOREA di saluran YouTube mereka.

Dalam video tersebut, Jeong-yeon menjawab pelbagai soalan yang telah dia terima sejak penampilan debutnya, dari sudut pandangan sekarang.

Dahulunya, penyanyi itu pernah memilih kumpulan G.O.D sebagai idolanya. Dia menjelaskan bahawa,

Pada ketika itu, saya sedang melakukan penggambaran bersama Park Joon-hyung dan dia begitu mahir dalam bidang nyanyian serta dia buatkan saya rasa selesa dengannya. Sejak dari itulah, saya jadikan dia sebagai idola saya.

jeongyeon twice

Tambahnya lagi,

Sekarang, kumpulan G.O.D dan TWICE sedang mempromosikan sebagai kumpulan idola. Jadi, saya berharap kumpulan TWICE mampu menjadi contoh buat kumpulan idola yang baru.

Kemudian, Jeong-yeon menjawab sama ada dia masih lagi peminat Park Bo-gum seperti dahulu. Dia beri respon dengan malu,

Ya, saya masih lagi peminat Park Bo-gum.

Untuk maklumat korang, kumpulan TWICE bakal membuat kemunculan semula mereka pada 10 Mac ini.

Alahai comel je minat Park Bo-gum.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...