Setelah penampilan Ji-soo dan Rosé BLACKPINK di Minggu Fesyen Paris pada minggu lepas yang telah menjadi perbualan ramai peminat di seluruh dunia, kini giliran Jennie pula untuk mencuri hati peminat dengan penampilannya yang merah menyala di Minggu Fesyen Paris sebagai duta besar global bagi jenama mewah, CHANEL.
Jennie yang pernah menghadiri Minggu Fesyen Paris pada tahun 2018 dan 2019 yang lalu, kini turut hadir pada tahun ini. “Blink”, nama fandom bagi peminat BLACKPINK amat teruja untuk melihat gaya yang akan diragamkan oleh Jennie kali ini.
Acara tersebut telah berlangsung pada waktu 3:30 petang semalam, dan telah menjadi bualan ramai peminat di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, tagline #JENNIEChanelPFW telah trending di Twitter seluruh dunia dengan tweet melebihi 1 juta dan di pelbagai platform lain.
Jennie juga dapat dilihat bersama dengan duta global CHANEL popular yang lain, seperti Kristen Stewart, Whitney Peak, Rebecca Dayyan dan Lily-Rose Depp.
Wah, cantiknya Jennie!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.