Ikuti Kami:

Jennie BLACKPINK & Jung Hoyeon Kongsi Persahabatan Manis Di LACMA Gala

Jennie BLACKPINK & Jung Hoyeon Kongsi Persahabatan Manis Di LACMA Gala

Persahabatan antara Jennie BLACKPINK dan model serta pelakon “Squid Game” Jung Ho-yeon masih kukuh!

Pada 8 November, Jung Ho-yeon menggunakan akaun Instagram peribadinya untuk berkongsi foto terbaru yang diambil bersama Jennie menerusi Instagram Storynya.

Imej itu menunjukkan mereka berdua bergambar di hadapan arca ikonik ‘Urban Light’ berskala besar LACMA pada malam ‘LACMA Art & Film Gala’ yang diadakan pada 6 November di muzium yang berpangkalan di Los Angeles.

jung hoyeon jennie blackpink in LAKedua-duanya hadir pada acara itu bersama beberapa tetamu terkemuka, termasuk selebriti hiburan Korea Eric Nam, Lee Min-ho, Kang Dong-won, Park Bo-gum, dan pelakon “Squid Game” lain Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Lee Byung-hun, dan pengarah Hwang Dong-hyuk.

Sementara itu, ini bukan kali pertama mereka berdua menunjukkan persahabatan yang kuat dan manis. September lalu, Ho-yeon turut berkongsi beberapa foto Jennie melawatnya di set drama “Squid Game” di akaun Instagram miliknya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...