Ikuti Kami:

Jenama Seperti La Roche-Posay & 11th Street Muat Naik Semula Iklan Bersama Kim Seonho

Jenama Seperti La Roche-Posay & 11th Street Muat Naik Semula Iklan Bersama Kim Seonho

Selepas pelbagai pendedahan Dispatch, nampaknya nama Kim Seon-ho yang terpalit kontroversi mula bersih sedikit demi sedikit.

Meskipun ditolak ketepi semasa pendedahan pertama bekas kasihnya, namun pelitup muka berjenama Miima menjadi syarikat pertama yang memuat naik kembali iklan Kim Seon-ho dan mengatakan bahawa mereka perlu melihat daripada sudut neutral dan tidak berada pada sebelah pihak sahaja.

kim seonho

Tak lama kemudian, jenama lain seperti Canon Korea, Food Bucket, Edition Sensibility turut mengubah pendirian mereka dan menaikkan semula iklan pelakon itu di laman web serta media sosial mereka.

Terbaru, laman memebli-belah atas talian popular iaitu 11th Street turut dilihat memuat naik video promosi baru menampilkan Kim Seon-ho untuk sambutan 11.11 nanti. Menurut pihak mereka, iklan berkenaan sudah pun dirakam pada Oktober semasa kontroversi itu dibongkarkan lagi.

kim seonho

Dalam pada itu, iklan daripada La Roche-Posay dan Wide Angle menampilkan Kim Seon-ho turut dapat dilihat kembali kini.

Fighting Kim Seon-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...