Ikuti Kami:

Jatuh Pentas Setinggi 2M Dek Staf Muzik Festival SBS Cuai, Wendy Red Velvet Kembali Lepas Rehat 8 Bulan

Jatuh Pentas Setinggi 2M Dek Staf Muzik Festival SBS Cuai, Wendy Red Velvet Kembali Lepas Rehat 8 Bulan

Ingat tak kejadian malang yang menimpa Wendy daripada kumpulan Red Velvet pada penghujung tahun lepas? Di mana dia telah jatuh daripada platform setinggi 2.5 meter kerana kecuaian staf “2019 SBS Music Festival” sehingga menyebabkan dia patah pinggul, pergelangan tangan dan pipi. Seram!

Seperti yang dilaporkan, salah seorang staf pada ketika itu meminta gadis tersebut menuruni tangga daripada platform tersebut walhal tangga padanya masih belum diletakkan lagi di tempat yang sepatutnya. Akibat persekitaran yang gelap, Wendy melangkah turun namun terus terjatuh ke pentas bawah sehingga menyebabkan kecederaan teruk itu. Dia langsung dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut selepas itu dan terpaksa menerima rawatan rapi bagi memulihkan kecederaan serius tersebut.

wendy red velvet kembali pulih

Selepas hampir 8 bulan berehat demi memulihkan kecederaan parah itu, peminat dikejutkan dengan gambar baru Wendy yang dimuat naik oleh syarikat naungan Red Velvet iaitu SM Entertainment. Bagi menyambut ulang tahun 20 tahun salah seorang penyanyi popular syarikat itu iaitu BoA, mereka telah menghasilkan projek di mana penyanyi kini akan menyanyikan semula lagu-lagu popular penyanyi solo tersebut.

Salah satu daripada artis yang terpilih ialah Red Velvet dan mereka bakal merakam semula lagu “Milky Way”. Gambar teaser untuk projek tersebut telah dimuat naik kelmarin dan menggembirakan apabila Wendy turut kelihatan bersama ahli Red Velvet yang lain.

red velvet milky way

Dari kiri atas: Wendy, Irene, Seulgi ; Dari kiri bawah: Yeri, Joy

Selepas daripada itu, wakil daripada syarikat tersebut tampil memberikan kenyataan,

Wendy telah pulih dengan baik dan dia akan menyertai aktiviti promosi Red Velvet yang tidak memberikan beban padanya sangat.

Seronoknya apabila dapat lihat Wendy kembali! Semua pasti rindukan suaranya yang merdu itu~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...