Ikuti Kami:

Jatuh Hingga 0%, Kenapa Rating ‘Oh My Ladylord’ Terus Menurun Pada Saban Episod?

Jatuh Hingga 0%, Kenapa Rating ‘Oh My Ladylord’ Terus Menurun Pada Saban Episod?

Adakah drama romantik sudah kehilangan serinya dalam dunia K-Drama kini?

Sedikit mengejutkan apabila drama lakonan Lee Min-ki dan Nana iaitu “Oh My Ladylord” menunjukkan penurunan rating yang konsisten sepanjang tayangannya. Terbaru, naskhah itu mencecah angka permulaan kosong dengan catatan rating 1.1% dan 0.9% untuk episod ke-12.

“Oh My Ladylord” membawa kisah dua orang individu yang tinggal bersama iaitu seorang penulis yang ‘tidak bercinta’ dan seorang pelakon komedi romantik popular yang ‘tak boleh’ bercinta. Lee Min-ki bakal membawa watak Han Bi-su, seorang penulis drama thriller terbaik di Korea yang tidak terlibat dengan sebarang perhubungan romantik. Manakala Nana pula akan menggalas tugas membawa watak ratu romantik komedi di Korea yang tak boleh bercinta bernama Oh Ju-in.

mbc oh my ladylord

Banyak persoalan yang timbul mengenai “Oh My Ladylord” yang sepertinya kurang mendapat sambutan meskipun ditayangkan di stesen penyiaran awam dan boleh diakses oleh seluruh penduduk Korea. Bahkan lakonan Nana dan Lee Min-ki yang baik juga sepertinya tidak mampu menyelamatkan reputasi drama ini.

Pada pendapat korang, apakah sebab rating “Oh My Ladylord” semakin menurun?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...