Ikuti Kami:

Janji Tak Akan Tinggalkan ‘Running Man’ Sampai Bubar, 6 Momen ‘Lejen’ Lee Kwangsoo Buat Penonton Berdekah

Janji Tak Akan Tinggalkan ‘Running Man’ Sampai Bubar, 6 Momen ‘Lejen’ Lee Kwangsoo Buat Penonton Berdekah

Meskipun sudah lama memulakan kerjaya sebagai model dan pelakon tetapi Lee Kwang-soo berjaya mengecap populariti yang kaw-kaw apabila menyertai rancangan popular “Running Man” dan bertahan sehingga 10 tahun lamanya.

Mungkin disebabkan itu, ‘Putera Asia’ ini berjanji menerusi sebuah temu ramah baru-baru ini untuk terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai ahli “Running Man” selamanya melainkan rancangan ini ditamatkan siarannya. Atas usahanya sendiri membina karakter yang lain daripada lain, lelaki ini berjaya membuatkan semua penonton gelak pecah perut pada saban episod.

3 kali berturut-turut dikhianati telur mentah

[Episod 143]

lee kwangsoo kelakar di running man

Pertama kali Lee Kwang-soo diberi gelaran sebagai ‘Dewa Program Hiburan’ adalah semasa salah satu episod yang ditayangkan pada tahun 2013. Bagi salah satu misinya, setiap ahli dan tetamu perlu bergilir-gilir memilih daripada 30 biji telur dan perlu mengelak daripada memecahkan telur mentah di dahi masing-masing.

Bayangkan Lee Kwang-soo dengan bertuahnya telah memilih telur mentah sebanyak 3 kali berturut-turut walaupun kedudukan telur itu diubah setiap kali telur mentah dipecahkan. Disebabkan terkejut dengan situasi yang tidak dijangka itu, ramai yang syak lelaki itu tahu mengenai kedudukan telur mentah!

Si kupu-kupu bawa malang

[Episod 169]

lee kwangsoo kelakar di running man

Ketika episod ‘Tangga Helmet Anda’, Lee Kwang-soo sekali lagi berjaya membuat ramai gelak tak berhenti kerana nasib malangnya. Ketika mereka sedang mendengarkan penjelasan pihak produksi, tanpa sengaja seekor kupu-kupu telah hinggap di atas helmet Kim Jong-kook dan ‘girafah’ itu mengambil peluang untuk memukul helmet lelaki berbadan sasa dengan kuat menggunakan alasan menghalau serangga tersebut. Pandai ehh…

Walaubagaimanapun, Kim Jong-kook tidak berdiam diri dan dah beri amaran kepada Lee Kwang-soo. ‘Cash’ sungguh balasan buat pelakon itu apabila seekor kupu-kupu telah terbang dan singgah di atas hidungnya. Belum sempat melakukan apa-apa, Kim Jong-kook dengan pantas menampar muka Lee Kwang-soo dengan sekuatnya!

Bola boling versi manusia

[Episod 227]

lee kwangsoo kelakar di running man

Ingat tak apabila kesemua ahli “Running Man” perlu menjadi bola boling dan ‘slide’ di atas papan yang meletakkan pin boling gergasi di sebuah kolam renang? Ini juga merupakan episod di mana Lee Kwang-soo berjaya membuatkan ramai yang ketawa berdekah.

Tapi tulah, walaupun dipenuhi dengan semangat yang membuak-buak tetapi Lee Kwang-soo akhirnya ‘slide’ ke arah yang silap dan mukanya yang bertemu dengan air dulu!

Lee Kwang-soo akhirnya tersembam ke tanah

[Episod 372]

lee kwangsoo kelakar di running man

Siapa peminat setia “Running Man” pasti tahu bahawa tetamu unggul iaitu Bo-mi daripada kumpulan APink mempunyai tendangan yang sangat menyaitkan dek pengalamannya yang lama dalam seni mempertahankan diri Taekwon-do.

Ketika satu episod pada tahun 2017 yang menampilkan Bo-mi sebagai tetamu, Yoo Jae-suk tak semena-mena meminta idola itu menunjukkan tendangannya dan menolak Lee Kwang-soo sebagai ‘mangsa’. Selepas kena sedas, kaki lelaki itu yang terus lemah kemudiannya melutur ke tanah.

Lee Kwang-soo botak

[Episod 374]

lee kwangsoo kelakar di running man

Mengambil inspirasi filem popular “The Outlaws”, kesemua ahli “Running Man” telah mengambil serius menegnai tema tersebut dan berpakaian seperti gangster dan polis seperti dalam naskhah itu.

Meskipun semua berusaha keras dengan pakain masing-amsing tetapi Lee Kwang-soo sepertinya terperdaya apabila dia seorang sahaja yang sepertinya melampau berhias apabila tampil botak.

Lagi pula apabila mereka perlu melalui misi jentik dahi tapi perlu mengekalkan senyuman. Jun So-min yang geram apabila melihat senyum Lee Kwang-soo walaupun selepas dijentik terus menumbuk dahinya. Kelakatr betul kombinasi mereka ini!

Ikan pun dengki dengan Lee Kwang-soo

[Episod 391]

lee kwangsoo kelakar di running man

Semasa misi ‘Random Tour’ pada tahun 2018, Lee Kwang-soo, Haha, Song Ji-hyo dan Lee Sang-yeob perlu memancing kesemua jenis ikan yang dijamah oleh mereka semasa makan malam. Selalunya malang tapi lelaki itu bertuah kerana Ikan Aji-aji yang dinantikan oleh mereka telah memakan umpannya.

Dek bahagia dengan hasil tangkapan itu, Lee Kwang-soo telah mengangkat kedua belah tangannya tapi tanpa disangka, ikan tersebut telah menampar muka pelakon itu dengan ekornya. Nasiblah ya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...