Ikuti Kami:

“Jangan Salah Faham” – Jung Haein Perjelas Sebab Tolak Tawaran ‘Snowdrop’ Pada Awalnya

“Jangan Salah Faham” – Jung Haein Perjelas Sebab Tolak Tawaran ‘Snowdrop’ Pada Awalnya

Teruja nak saksikan episod perdana “Snowdrop” kan?

Sebelum itu, drama berkenaan telah mengadakan sidang media atas talian bagi berkongsi cerita mengenai naskhah berkenaan. Majlis itu disertai oleh teraju utamanya iaitu Jung Hae-in dan Ji-soo dari BLACKPINK serta pengarah, Jo Hyun-tak.

Siapa sangka Jung Hae-in sebenarnya telah menolak tawaran “Snowdrop” ketika pertama kali dia menerimanya. Kongsi pengarah Jo Hyun-tak,

Jung Hae-in ialah pelakon yang paling saya mahukan sejak naskhah ini mula dipersiapkan, jadinya saya mencipta sinopsis padat dengan dia sebagai gambaran saya. Apabila memberikan tawaran, saya ditolak pada awalnya. Selepas diubah sedikit, saya membuat sekali lagi tawaran dan dia menerimanya.

jtbc snowdrop

Tidak mahu sebarang salah faham, Jung Hae-in memberikan penjelasan mengenai pendedahan berkenaan,

Pada ketika itu, saya menerima tawaran ketika sedang menjalani penggambaran ‘D.P.’, jadi jadual kami bertindan. Sebab itu, saya perlu berfikir banyak pada awalnya namun dek pengarah dan staf lain yang bertolak ansur, kami dapat bersama.

Bagi Ji-soo pula, pengarah itu turut mengakui bahawa dia tidak menyangka pelakon baru yang akan membawa watak Cho Young-ro. Namun apabila pertama kali berjumpa Ji-soo, dia terus menyebut, ‘Itu Young-ro’, dan berusaha keras untuk mendapatkan idola itu sebagai teraju utama “Snowdrop”.

jtbc snowdrop

Untuk pengetahuan, “Snowdrop” berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wanita pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Cho Young-ro (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.

Nantikan 18 Disember ini tau untuk episod pertamanya! Tonton di Disney+ okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...