Ikuti Kami:

“Jangan Percaya Media” – Nafi Semua Dakwaan Buruk, Ibu Jelas Punyai Hubungan Baik Dengan Goo Hara

“Jangan Percaya Media” – Nafi Semua Dakwaan Buruk, Ibu Jelas Punyai Hubungan Baik Dengan Goo Hara

Selepas mendiamkan diri daripada perhatian orang ramai, akhirnya ibu kepada mendiang Goo Ha-ra berjaya dijejaki oleh wartawan daripada rancangan “Spotlight” di JTBC. Meskipun cuba menafikan segala dakwaan buruk mengenainya namun bekas suami dan anak lelakinya kekal mahu menghalang wanita itu daripada memiliki separuh daripada harta peninggalan selebriti tersebut.

Apabila ditanyakan mengenai hubungannya dan Goo Ha-ra semasa mendiang masih hidup, wanita tua itu menjelaskan bahawa dia mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.

Kami mempunyai hubungan yang mesra. Kami berdua berkongsi hubungan kasih sayang antara anak-beranak yang tidak diketahui oleh ahli keluarga lain. Apa yang mereka sampaikan di media dan TV adalah salah sama sekali. Jangan berkata hal yang bukan-bukan.

ibu goo hara nafi dakwaan

Pun begitu, abang Goo Ha-ra iaitu Goo Ho-in kekal dengan pendiriannya yang berbeza.

Adik saya sakit teruk dan mengalami kemurungan. Dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan ibu kami kerana doktor yang merawatnya mengatakan bahawa mungkin ia akan membantu sekiranya adik saya bertemu dengan ibu kandungnya.

Walaubagaimanapun ketika pertemuan bermakna itu, rakan kepada Goo Ha-ra yang menemaninya meluahkan rasa terkejut dengan situasi yang berlaku pada ketika itu.

Saya ingatkan ibunya akan memberikan Ha-ra pelukan yang ketat dan mengalukan kedatangannya namun wanita tua itu membawa rakan-rakannya yang lain menyertai pertemuan itu. Ia bukannya sebuah parti namun disebabkan Goo Ha-ra adalah seorang selebriti, ibunya cuba menunjuk kepada kenalannya bahawa anaknya ialah artis.

ibu goo hara nafi dakwaan

Selepas kematian Goo Ha-ra, ibunya mengatakan baahwa adiknya (mak cik Goo Ha-ra) mengatakan bahawa dia patut berjumpa dengan peguam kerana dia yang tidak tahu apa-apa mengenai hal undang-undang.

Anak saya sudah mati jadi harta peninggalan sudah tidak penting lagi. Sehingga sekrang pun saya tidak tahu menahu mengenainya. Saya juga tahu berapa nilai hartanah yang dimilikinya.

Ibu mana yang tidak mahu membesarkan anaknya? Tetapi saya telah dihalau sehelai sepinggang jadi saya tidak mampu untuk membesarkan sesiapa.

Tambahnya wanita tua itu lagi, sekiranya dia melepaskan harta pewarisan itu, dia tidak akan mempunyai sebarang wang lagi.

Saya akan derma sebahagian harta tersebut untuk kegunaan masyarakat dan menyimpan selebihnya untuk membayar upah peguam dan berbelanja untuk penjagaan anak.

ibu goo hara nafi dakwaan

Namun tidak bagi abang Goo Ha-ra yang mahu menggunakan harta peninggalan Goo Ha-ra bagi membantu sesiapa yang memerlukan menerusi penubuhan satu tabung kebajikan.

Jikalau ibu saya benar-benar mengatakan bahawa dia mahu menderma wang tersebut, lihat sahaja sama ada dia melakukan perkara tersebut apabila saya selesai membina tabung tersebut.

Semoga keadilan berpihak kepada pihak yang benar.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...