Ikuti Kami:

Jang Suwon SECHSKIES Bakal Kahwin Bulan Depan

Jang Suwon SECHSKIES Bakal Kahwin Bulan Depan

Menurut laporan media pada 28 Oktober, ahli termuda kumpulan SECHSKIES Jang Su-won, telah menetapkan majlis perkahwinannya pada bulan depan!

Awal bulan Jun tahun ini, agensi kepada Jang Su-won iaitu YG Entertainment, telah mengesahkan bahawa ahli SECHSKIES tersebut telah bertunang dengan teman wanitanya, iaitu seorang jurugaya yang bukan selebriti dan pernah bekerja dengan ramai selebriti terkenal.

Kini, Jang Su-won dan tunangnya akan mengadakan majlis perkahwinan persendirian bulan depan pada 14 November.

SECHSKIES JANG SU WON MARRIEDDisebabkan penularan wabak COVID-19, majlis itu akan diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran oleh hanya keluarga dan kenalan rapat.

Jang Su-won dan tunangnya telah bercinta selama 3 tahun sebelum pertunangan mereka awal tahun ini. Pasangannya itu dikatakan lebih tua setahun daripadanya.

Tahniah Jang Su-won dan pasangan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...